HADIAH DARI PADA HATI

Sunday, August 30, 2009
Berhenti Berharap..lirik
Friday, August 28, 2009
Thursday, August 27, 2009
Sunday, August 23, 2009
Erti Hidupku...
Erti Hidup
kesusahan membuatkan
aku lebih mengerti akan hidup ini
aku mengerti
mengapa hidup tak selalu nya senang tak mudah di susuri..
aku mengerti kini
segala dugaan hidup
punya erti tersendiri
punya maksud
dan
aku mengerti hidup bukan hanya bergembira
ada dugaan
sering kali kita lupa erti hidup
erti hidup yang sebenar..
dugaan dilalui
membuatkan kita lebih dewasa
lebih kuat mengharungi masa depan..
gelap mahupun cerah
itulah realitinya
hidup bukan hanya
bergembira..
Wednesday, August 19, 2009
ilhamku..
Ramadan..
Menjelma diri untuk 30 hari
Amat bertuah bagi yang mengerti
Doa dipanjat pada ilahi
Harapan dipohon pada Rabbul Izzati
Agar segala hajat dipenuhi
Hasrat menuju syurga abadi
Amalan baik digandakan pahala
Isikan jiwa dengan keimanan
Malam hari masa bermunajat
Memohon keampunan
Atas dosa yang dilakukan
Mengharap keredaan dari tuhan
Luangkan masa membaca al-qur'an
Itu wahyu dari tuhan
Menjadi petunjuk sekalian alam
Dilaut juga daratan
Yang jelas atau tidak kelihatan
Yang bersembunyi atau terang-terangan
Solat tarawih solat istimewa
Kerana tiada di bulan lainnya
Dikerjakan dengan keikhlasan
Dengan penuh khusyuk dan tawaduk
Tanda syukur seorang hamba
Mengharap rahmat dari yang esa
Ramadan bulan istimewa
Bulan manusia menghapus dosa
Bulan manusia mengumpul pahala...