Ramadan..
Menjelma diri untuk 30 hari
Amat bertuah bagi yang mengerti
Doa dipanjat pada ilahi
Harapan dipohon pada Rabbul Izzati
Agar segala hajat dipenuhi
Hasrat menuju syurga abadi
Amalan baik digandakan pahala
Isikan jiwa dengan keimanan
Malam hari masa bermunajat
Memohon keampunan
Atas dosa yang dilakukan
Mengharap keredaan dari tuhan
Luangkan masa membaca al-qur'an
Itu wahyu dari tuhan
Menjadi petunjuk sekalian alam
Dilaut juga daratan
Yang jelas atau tidak kelihatan
Yang bersembunyi atau terang-terangan
Solat tarawih solat istimewa
Kerana tiada di bulan lainnya
Dikerjakan dengan keikhlasan
Dengan penuh khusyuk dan tawaduk
Tanda syukur seorang hamba
Mengharap rahmat dari yang esa
Ramadan bulan istimewa
Bulan manusia menghapus dosa
Bulan manusia mengumpul pahala...
HADIAH DARI PADA HATI

Wednesday, August 19, 2009
ilhamku..
Dicatat oleh Zainiey ilyas di 7:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment